TEMPAT SAYA DAN KELUARGA SAYA MENCARI REDHA ALLAH

Sunday, August 22, 2010

Bela Kambing

Assalamu'alaikum
Macamana ana boleh berkecimpung dalam kerjaya baru ana ni? sebab ada orang hutang duit dengan ana tahun lepas tapi dia tak da duit nak bayar, dia kasi kat ana 14 ekor biri-biri.  Ana mana la ada pengalaman bela ruminan ni, pusing spanar ana reti la... Ana mintak tolong orang jaga...lama2 tak boleh jadi, letih... siang2 pi pusing spana, malam p tengok kambing... Ana mula belajar.. ana belajar cara buat kandang, apa kambing tu makan, time nak kasi makan, penyakit2 kambing. semua serbi pasal kambing..  Awal tahun ni ana mula kerjaya baru jadi gembala kambing...Dari 14 jadi 8, mula2 banyak yang mati.. jadi ana tumpangkan biri2 tu di kandang pak ngah ana yang lebih berpengalaman bab bela biri2 ni.

isteri ana ingatkan ana bela kambing ni sunnah... kalau usaha betul2 duit dapat, pahala menghidupkan sunnah pun dapat..  tu yang ana teruskan juga walaupun susah sebab mula dari 0 ilmu tapi sekarang alhamdulillah dah bertambah beberapa ekor dah. Patutlah Allah suruh Nabi2 gembala kambing, cerewet dan memerlukan kesabaran dan kotminmen  yang tinggi.  Kalau ada sesiapa yang nak tempah kambing biri2 untuk apa jua tujuan..boleh lah call ana ABDUL GHOFAR 019-5289793.  Nak beli sekor boleh, nak mintak tolong sembelih dan lapah pun boleh, nak mintak tolong masak siap pun boleh.  Semua bisa dirunding insyaAllah..
Sekarang ni ana dah tambah kambing jamnapari ( baru 5 ekor)..

Saturday, August 21, 2010

SALAM UKHWAH

Ana tak pandai nak tulis dalam blog ni, tapi saya nak cari rezeki.. Allah tak ubah nasib sesuatu umat jika umat itu sendiri tidak mengubah nasibnya. Dulu ana kerja jadi mekanik motor, pas tu up skit jadi mekanik moto dan keta.  sekarang ni ana berubah jauh nak cuba jadi penternak dan petani jaya pulak insyaAllah.  Dah tak mahu dah jadi kuli orang nak cuba pula jadi tauke + kuli (tak mampu lagi nak gajikan pekerja)
Semoga Allah buka pintu rezeki seluas-luasnya, Amin.